BERUSAHA。。! 아자아자 화이팅。。! がんばってください。。! NEVER GIVE UP。。!

Isnin, Disember 05, 2011

Ombak Rindu dan aktiviti sebelumnya

Ambil kesempatan untuk uruskan hal-hal rumah semasa cuti, hari Jumaat pergi ke TNB Shah Alam untuk tukar nama billing elektrik di seksyen 11. Untuk informasi, TNB Shah Alam berdekatan dengan Balai Polis seksyen 11 dan masjid Shah Alam. Rupanya renyah jugak hal-hal nak tukar nama ni. Nasib baik beringat dulu, bawa bil lama dan SnP sekali untuk urusan.

Sampai ke TNB dalam pukul 9 lebih, orang sederhana ramai tapi untuk kaunter perkhidmatan macam tak bergerak. Ada seorang lelaki ni, masuk lebih kurang masa yang sama, pergi terus ke kaunter selepas tunggu dalam 5 minit lebih. Inilah yang dipanggil potong queue cara 'beradab' > buat muka tak puas hati > pergi kaunter dan komplen (macam la kau sorang yang dah lama tunggu padahal ramai lagi nombor sebelum kau yang sedang tunggu giliran) > you will be entertained right away =.=

Apa yang perlu untuk menukar nama billing?
- salinan kad pengenalan
- salinan SnP
- setem hasil 2 keping dan kena matikan --- boleh beli di pejabat pos. dan LHDN juga?
- duit RM210 untuk jenis apartment dan caj perkhidmatan RM3
- isi borang yang disediakan

Setem hasil saya beli kat pejabat pos. Lepas tu, ke LHDN di Plaza Perangsang (atau Hotel Quality) untuk matikan setem. Ramai orang masa tu. Nombor giliran dalam 11 orang lagi. Waktu tu pukul 10.15, lagi sejam untuk movie start 11.15. Nombor langsung tak bergerak, jam 10.45 saya angkat kaki. Nak balik ke KD dari Shah Alam bukannya dekat terutamanya waktu kita kejar masa macam ni. Walaupun selalunya guna NKVE dan memandu dalam 90-100km/j, dalam 10++ minit dah boleh sampai... but how the quote goes "hope for the best. Expect the worst"? Yes.... expect the worst. Memang lebih 15 minit pun baru sampai ke E@Curve. Sebab traffic light la, kereta banyak kat NKVE la. Lagipun, it was just a movie. Why would I need to drive like crazy woman and risk myself for worst possibility just for a movie?




Office-mates pergi tengok bersama. Perlukah bercerita secara detail? Er, Gaya tudung Izzah pelik, siapa stylist Ombak Rindu? Mungkin waktu penggambaran masa tu belum musim Hana Tajima, tapi pakaikan Maya Karin dengan tudung ekspress rasanya more than enough. Selain gaya tudung Izzah dan aksi on bed antara Izzah dan Harriz, Datuk Sufiah adalah perkara lain yang disturbing dalam Ombak Rindu. Can't help but to feel annoyed? Disturbed? Irritated? All above.

Oh ye, lelaki Muslim pun datang tengok movie ni pada hari Jumaat. Petanda apakah itu? Period ya bang?

Btw, urusan tukar nama tak sempurna. Hari Isnin baru pergi semula ke LHDN untuk matikan setem. Tak sampai 15 minit dah sampai giliran. Cepat! Kemudian, terus ke TNB semula. Pun sama. Urusan selesai dalam masa 20 minit lebih kurang. Much better from last Friday. Hikmahnya membaca Robbi Yassir tanpa jemu sejak awal ^_^


1 yang singgah:

Kancilbiru berkata...

ombak rindu tu versi novel feeling lagi kot....hahaha

birthday path

Daisypath Wedding Ticker