Cerita hari jadi.

Diumumkan hari ini birthday saya. 27 tahun sudah. What a creepy number it is. Memanglah creepy makin tahun makin meningkat. Dan saya masih macam tu macam tu jugak. Habis nak macamana lagi, ye tak?

Pagi tadi, awal-awal pagi lagi sms dari abangcik di melaka dah sampai ucap selamat. Thank u~~ saya rasa sebaik saja lepas dia telefon bonda untuk ucapan yang sama. Ya, saya dan bonda saya kongsi tarikh birthday yang sama. Best dan special kan? Kemudian ucapan dari bonda pulak yang penuh dengan doa seorang ibu dan membuatkan saya sangat terharu T__T

Kemudian diikuti dengan cikgu syida. Dan kawan-kawan seofis. Dan hari ni depa belanja saya makan kat secret recipe. Tempat best. Malangnya saya pilih menu yang tak best lah pulak hari ni. Laksa Singapore. Memangnya tak sedap. Mungkin lain kali kita pi laksa shack sekali lagi, jangan order laksa Singapore, syida. Dan saya tahu syida tak puas hati dengan so-called tomyam laksa dia hari tu. Jelas nyata bihun tomyam lagi nak panggil tomyam laksa :p

Dengan ucapan di mulut, memang saya fail. Jadi saya pun compose satu ucapan birthday untuk bonda saya. Dan hantar sms. Takpe, beliau pandai baca sms, Cuma tak pandai balas saja. haha saya bet mesti dia menangis dan terharu punyalah. Mak-mak kan. Mana tahu ramailah pulak yang terharu. Sebab beliau baca sms tu kat tempat mengaji pagi tadi. Haih~~ dah satu hal pulak sekumpulan makcik-makcik mengaji Quran terharu dengan satu sms.

Petang sms ucapan dari zaila. Dan beberapa orang lagi.

Salah seorang ofismate saya pun ada berita gembira jugak. Dia dah pregnant 4 bulan. Dan hari ahad ni pun birthday dia. Wah! Tahniah tahniah SL. And happy birthday to you too.

Ada ofismate tanya saya, apa wish list saya tahun ni. Saya kata, tak ada apa pun. dia kata, tak mungkin tak ada. Mesti ada punya. Bila saya fikir-fikir, ya, saya nak sangat balik kampung time ni. Nak sangat-sangat. Petang tadi, turun saja ke tingkat 3 dari bilik ATM, saya tanya bos B boleh tak saya nak cuti hari jumaat ni dan isnin depan. Dia komplen, apa la jumaat ni nak cuti hari ni baru tanya. Pujuk-pujuk sikit, akhirnya dapat jugak… hehe best best.

Minna-san, thanks very much for all your wishes. I am so happy today and glad I have all of you as my friends.


bear bear ni hadiah birthday tahun lepas. lagi besar dari saya penat dukung dia. letak atas katil dia sorang yang konker. cet! turun kau dari situ. dok bawah saja. dari siapa? rahsia~

kek birthday saya untuk tahun ni. sambil diiringi dengan lagu happy birthday oleh MS dengan suara yang sangat soft dan tempo yang laju ^_^''

pokok flip flap ni hadiah dari syida-sensei. thank u thank u. pokok ni masih berdegil tak mau bernafas secara sihat. haih -_-''


arahan: menggunakan sistem solar. tak perlu bateri. tak perlukan air. tapi dia tak nak jugak bernafas dengan sihat, mau je siram pokok flip flap ni~



GoodDay!

8 yang singgah:

pizet77 2009 Julai 15 11:44  

cian teddy bear tu dok kena tendang ngan tuan dia...haha

pizet77 2009 Julai 15 12:22  

lupa plak nak wish...haha hepi besday kak syuhada...haha sangat x alert

nizaa 2009 Julai 15 13:15  

Selamat hari jadi...btw, aku rasa aku dah wish besday tapi tak appear pun ke tak save...

haida_s_h 2009 Julai 15 13:22  

pizet,
nasib bear bear tu sebab besau sangat. makan ruang haha
thank u thank u... :)

nizaa,
ang wish kat entri yang lain. anyway, thank u thank u.. :)

Wafaa 2009 Julai 17 08:50  

happy belated bday aidat. ala... ko baru masuk 27. aku dah lama masuk 27.. hehehe.. pokok tu geram betul aku tengok. kawan aku siap beli 3-4 biji letak atas dashboard kereta dia.

haida_s_h 2009 Julai 18 01:18  

wafaa,
thank u thank u :)
aku pun plan nak pindahkan flip flap tu letak atas dashoard kereta jugak, tapi belum berbuat lagi.. jelas tengok pokok orang lain yang bernafas dengan agresif dan sihat.

haida_s_h 2009 Julai 18 01:19  

typo: jelas is jeles

Prinzcy Syida 2009 Julai 18 18:07  

sian bear besau yg selalu kena kick dgn tuan dia~~~

kolam ikan saya

Tentang Saya

Foto Saya
haida_s_h
Kota Damansara, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
saya seorang programmer. tapi ini bukan blog cerita pasal programming. sekadar catatan biasa-biasa saja ^__^ Ku.anggap.kegagalan.bukan.suatu.kekalahan. Tapi.suatu.kejayaan.yang.masih.tertunda
Lihat profil lengkap saya

demi masa

Ada Orang Ikut Saya

Dari Nizaa

Dari Nizaa

Dari Pizet I

Dari Pizet I

Dari Pizet II

Dari Pizet II

Dari Pizet III

Dari Pizet III

Dari Pizet IV

Dari Pizet IV

meter kegembiraan saya~~

Arkib

birthday path

Daisypath Wedding Ticker